LOKASI
Mukim Penyabong terletak di daerah Mersing, lebih kurang 2 jam dari Kota Tinggi serta 30 minit perjalanan ke arah utara dari Bandar Mersing.
TOPONOMI
Penyabong datang daripada aktiviti lanun-lanun yang menetap di kawasan in yang menyabong ayam (Mersing, 2014). Terdapat pantai yang dinamakan Pantai Pasir Lanun (kini Pantai Penyabong) kerana lanun bersembunyi di pantai ini kerana ketenangannya serta adanya air minuman.
TARIKAN
Pantai Penyabong yang terletak kira-kira 36km dari bandar Mersing, mempunyai banyak tarikan
dan aktiviti untuk pengunjung. Ini termasuk bot, berkayak, memancing, berkhemah dan meredahhutan ke hutan berdekatan. Pengunjung juga boleh melawat kampung-kampung Melayu di sini atau ke pulau dan melawat kelong (ladang ikan) dalam perjalanan pulang. Terdapat empat pusat peranginan pantai yang menawarkan penginapan bajet serta pertengahan untuk kemudahan mesyuarat. Terdapat juga gerai-gerai makanan, pondok rehat, tandas dan kemudahan mandi untuk pengunjung. Sebuah pusat sukan laut menyewakan peralatan untuk berkayak, berkanu, memancing dan aktiviti berasaskan air lain yang akan membuat lawatan ke Pantai Penyabong satu pengalaman yang menyeronokkan (Penyabong Beach, N.D.). Kawasan Penyabong juga sudah digazetkan sebagai kawasan pelancongan (Sari Mawar Chalet, 2012).