Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
SUNGAI SIPUT, PERAK

TOPOGRAFI
Sungai Siput terletak di negeri Perak, Malaysia. Sungai Siput berhampiran dengan Kuala Kangsar, Salak Utara, Jalong, Kantan, Lintang dan Felda Lasah. Daerah Sungai Siput bersempadankan daerah Hulu Perak di Utaranya, Daerah Kinta di selatannya, Negeri Kelantan Darul Naim disebelah timurnya dan daerah Kuala Kangsar di sebelah baratnya. Daerah kecil Sungai Siput merupakan sebahagian daripada Daerah Kuala Kangsar. Keluasannya yang merangkumi 155,141 hektar adalah merupakan 61.5% daripada keseluruhan Daerah Kuala Kangsar (Nasyeera Khairiah Hairol, 2012).

TOPONOMI
Nama Sungai Siput adalah daripada sebatang anak sungai yang terletak berhampiran dengan Masjid India. Pada masa dahulu sungai ini banyak dipenuhi siput tetapi sekarang sungai berkenaan telah hampir tertutup disebabkan kesan pembangunan. Sebab itu peneroka-peneroka dahulu mengenali tempat ini dengan nama Sungai Siput (Nasyeera Khairiah Hairol, 2012).

View Larger Map

KRITERIA PEMILIHAN

  1. Ladang Infoternak Sungai Siput (ada rusa, ostrich dan kambing)
  2. Gua Kelawar berhampiran Sungai Siput
  3. Kuala Mu terletak di daerah Sungai Siput. Felda Lasah merupakan pintu masuk ke penempatan orang asli yang terdiri daripada berpuluh-puluh kampung
  4. Lata Gerik/Sungai Durian
  5. Sungai Klah Hot Springs Park (Nasyeera Khairiah Hairol, 2012).

Ladang Infoternak Sungai Siput
Ladang Infoternak Sungai Siput
Perkampungan Orang Asli Felda Lasah

Gua Kelawar Sungai Siput
Lata Gerik
Sungai Klah Hot Spring Park
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PERAK
BATU GAJAH
Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah...
MAMBANG DI AWAN
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang...
BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Maxwell Hill dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880 (Bukit Larut, 2013; Shamsul Kamal Amaruddin, 2006). Namanya diubah ke variasi tempatan...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988