Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
SELAMA, PERAK

TOPOGRAFI
Larut, Matang dan Selama merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Perak. Daerah ini terletak bersempadan dengan Daerah Kerian di Barat laut, Daerah Kuala Kangsar di timur, Daerah Manjung di selatan, dan Daerah Hulu Perak di Timur laut. Selat Melaka di bahagian barat dan Negeri Kedah di utara. Pusat pentadbiran daerah adalah terletak di bandar Taiping yang merupakan antara bandar terawal di Malaysia. Daerah ini merangkumi 3 daerah kecil iaitu Larut di tengah dan selatan, Matang di barat dan Selama di utara dan mempunyai keluasan 151,104.03 hektar (170 kilometer persegi). (Larut, Matang dan Selama, 2013).

TOPONOMI
Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim. Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani. Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama (Majlis Daerah Selama, N.D.).

View Larger Map

KRITERIA PEMILIHAN
Kompleks Sejarah Matang (dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja (Jabatan Kerja Raya Larut Matang dan Selama, N.D.).


Bangunan Kompleks Sejarah Matang
Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Antara Pameran dalam Muzium Matang

Antara Pameran dalam Muzium Matang
Antara Pameran dalam Muzium Matang
Makam Ngah Ibrahim
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PERAK
BATU GAJAH
Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah...
MAMBANG DI AWAN
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang...
BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Maxwell Hill dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880 (Bukit Larut, 2013; Shamsul Kamal Amaruddin, 2006). Namanya diubah ke variasi tempatan...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988