Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
BATANG PADANG, PERAK

TOPOGRAFI
Batang Padang terletak 116km, kea rah selatan dari Ipoh serta 94km ke arah barat dari Teluk Intan. Daerah Batang Padang merupakan daerah yang terletak dalam Negeri Perak. Batang Padang meliputi Tapah, Kampar, Bidor, Mambang Diawan dan sebagainya. Pejabat pentadbiran terletak di bandar Tapah. Tapah terbahagi kepada Pekan Tapah dan Tapah Road (Batang Padang, 2013). Sungai Batang Padang merentasi pekan Tapah, bersebelahan dengan Masjid Tapah. Batang bermaksud sungai.

TOPONOMI

  1. Terbitnya nama Batang Padang dikatakan berpunca dari cerita sebatang pokok yang merentang sebuah padang. Mengikut cerita, 7 batu jauh ke hulu Sg. Btg Pdg itu terdapat sebuah kawasan atau padang yang begitu luas kira-kira 5 ekar. Di situ, tumbuhnya sebatang pokok merbau yang dipercayai keramat kerana seorang budak telah terkena penyakit gatal akibat menakik pokok itu hingga membawa maut. Seorang pemuda yang menakik pokok itu juga ditimpa nasib malang juga seperti budak itu. Lalu orang kampung telah memagar pokok itu. Orang kampung pada masa itu percaya kepada perkara tahyul, percaya bahawa pokok itu keramat. Tidak berapa lama kemudian, pokok itu tumbang lalu merentangi sungai itu.
  2. Cerita yg lain pula, Sg Btg Pdg ketika air naik atau banjir sering membawa batang pokok, apabila surut, banyaklah batang-batang pokok yang terdampar di atas daratan (Mohd Zul'adli Mat Noh, 2010).
  3. Bagi masyarakat orang asli, Batang Padang membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang gondol tanpa pokok. Orang asli percaya bahawa ianya berasal dari kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, Penjaga Alam telah memerintahkan Petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut. Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar telah pecah dengan tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut. Keadaan kampung ibarat 'padang jarak padang tekukur'. Begitulah cerita bagaimana sungai ini mendapat nama (masMZ KaKiJaLaN, 2011).
View Larger Map

KRITERIA PEMILIHAN
Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini (Majlis Daerah Tapah, N.D.):

  1. Kolam Air Panas Sungai Klah
  2. Perkampungan Orang Asli
  3. Ladang Ternakan Rusa
  4. Ladang Herba
  5. Hutan Rekreasi Kuala Woh
  6. Lata Iskandar
  7. Lata Sungai Bil
  8. Pusat Buah-buahan
  9. Kelab Golf Batang Padang
  10. Lata Kinjang
  11. Kolam Air Panas Ulu Slim

Bangunan Kompleks Sejarah Matang
Ladang Herba
Hutan Lipur Kuala Woh

Antara Pameran dalam Muzium Matang
Lata Sungai Bil
Pusat Buah-Buahan

Ladang Ternakan Rusa
Kampung Orang Asli
Lata Kinjang
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PERAK
BATU GAJAH
Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah...
MAMBANG DI AWAN
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang...
BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Maxwell Hill dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880 (Bukit Larut, 2013; Shamsul Kamal Amaruddin, 2006). Namanya diubah ke variasi tempatan...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988