Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
BATU GAJAH, PERAK

LOCATION
Batu Gajah is a town and district located 24km from Ipoh. Being a former tin mining area, Batu Gajah is largely populated by Chinese people, as a result of British colonization that brought in Chinese laborers for tin mining. (Batu Gajah, 2014).

LOKASI
Batu Gajah merupakan sebuah pekan serta daerah yang terletak 24km daripada Ipoh. Sebahagian besar populasinya berbangsa Cina kerana ini adalah kawasan bekas perlombongan bijih timah semasa penjajahan British (Batu Gajah, 2014).

TOPONYMY
The name Batu Gajah is said to have been derived from the elephant-shaped stone, but there are several versions of this story that have been reported. According to the first version, many immigrants from Indonesia came through the Kinta River when the tin was first found in Batu Gajah for trading purposes. These traders are all Buddhists who worship idols. Since the place is not named, they carved two large stones on the banks of the Kinta River which resembles two elephants. It is said that the stones have been placed on the banks of the Kinta River for two purposes, first, to facilitate the identification of the location and two, as the place of worship. The second version, according to old people, in the past there was a creature named Kelembai (Gelembai or Gedembai). This creature is said to have the power to transform living things into stone when he greeted them. At that time, the district is covered by dense forests that are home to wild elephants that roam freely. One day, two elephants that were crossing the Kinta River was greeted by the Kelembai and turned to stones. Two elephant-shaped stones are still there in the Kinta River near Kampung Pisang, but it almost disappeared due to erosion and mining activities. This legendary tale has never been validated or otherwise (Batu Gajah District Council (a), ND).

TOPONOMI
Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan.

Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum benama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai bentuk dua ekor gajah. Kemudiannya, batu itu telah diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua tujuan. Pertama, untuk memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya mungkin sebagai tempat penyembahan.

Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis makhluk bernama Sang Kelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu; Batu berbentuk dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. (3) Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknya (Majlis Daerah Batu Gajah (a), N.D.).
View Larger Map

ATTRACTION
There is a pre-independence era palace that was built by the owner of a rubber plantation Scot, Sir William Kellie Smith, which is called Kellie's Castle. Although Sir Kellie could not complete the construction of this palace, what remains are very beautiful and interesting (Batu Gajah District Council (b), ND) . There is also the last tin mining dredge that is open to the public. In addition, there are two golf courses; Kinta Golf Club and Clearwater Sanctuary Golf Course (Sloan, 2014). Looking for a mouth-watering local delicacy? Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah might have just the thing for you.

TARIKAN
Sebuah istana zaman pra-kemerdekaan yang dibina oleh pemilik ladang getah berbangsa Scotland, Sir William Kellie Smith, yang bernama Kellie’s Castle. Walaupun Sir Kellie tidak sempat menyiapkan pembinaan istana ini, apa yang tinggal didapati amat cantik dan menarik (Majlis Daerah Batu Gajah (b), N.D.) Selain itu, terdapat 2 padang golf; Kinta Golf Club dan Clearwater Sanctuary Golf Course (Batu Gajah, 2014)


Stone that looks like an elephant
Kellie's Castle - Click on image to watch video
Last Tin Dredge in Batu Gajah
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PERAK
MAMBANG DI AWAN
Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Diawan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang...
BUKIT LARUT
Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 m. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini...
ROYAL BELUM
Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988