Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
SUNGAI LEMBING, PAHANG

LOKASI
Sungai Lembing terletak di Kuantan, Pahang.  Jarak perjalanan adalah sejauh 29 kilometer dari Bandar Kuantan dan perjalanan mengambil masa 40 minit. Merentasi kawasan Felda sepanjang perjalanan.

TOPONOMI
Sungai Lembing, suatu ketika dulu dikenali sebagai ‘El Dorado Timur’, di antara Bandar yang  terkaya dengan hasil pribumi. Kini hanya tinggal sejarah lama namun begitu sehingga ke hari ini, Sungai Lembing tetap menjadi sebutan.  Bandar yang dulu di antara termaju kini menjadi pusat pelancongan dan kesan tinggalan perlombongan yang masih kelihatan sehingga kini.  

Pertemuan kami dengan seorang bekas pelombong Pakcik Hussain Bin Japor, 79 tahun banyak menceritakan kepada kami tentang sejarah dan kemewahan Sungai Lembing pada satu ketika dahulu.  Pakcik Hussain merupakan seorang juru ukur lombong dan di antara orang terpenting di dalam sektor perlombongan pada ketika itu.

Menceritakan sejarah Sungai Lembing, menurut cerita yang pernah diceritakan oleh arwah datuknya, Sungai Lembing mendapat nama dari kisah sebatang lembing yang digunakan untuk menongkah arus deras di Sungai Kenau.  Sejak dari itu, tempat berkenaan di namakan dengan Sungai Lembing, sempena peristiwa tersebut.

Sementara itu, menurut Tok Empat di Sungai Lembing, terdapat versi lain tentang sejarah Sungai Lembing.  Menurut Pak Cik Nyamil Bin Hassan, 65 tahun. Sungai Lembing dijumpai oleh dua orang, Tok Keboh yang kini berpusat di Ladang Mentiga dan Tok Kenau yang berasal dari Kuala Kenau. Mereka juga di antara yang terawal menjumpai bijih timah di Sungai Lembing.  Tok Tangguk, anak kepada Tok Kebah yang mengantikan bapanya meneruskan legasi mengambil alih dan membesarkan perusahaan bijih timah di Sungai Lembing sebelum di ambil alih oleh pelombong Cina.

Menurut Pak Cik Nyamil pula, Sungai Lembing mendapat nama dari peristiwa seekor kijang.  Sekumpulan orang asli telah melontar sebatang lembing kepada kijang tersebut. Demi menyelamatkan diri kijang telah terjun dan hilang di Sungai Kenau.  Dan begitulah Sungai Lembing mendapat namanya.

Lombong bijih timah Sungai Lembing mempunyai kedalaman sedalam 610 sehingga 700 meter.  Ketinggian terowong adalah dari 12 kaki sehingga 200 kaki.  Panjangnya pula adalah 322 kilometer panjang dan ia telah menjadikan Lombong Bijih timah Sungai Lembing sebagai yang terdalam di dunia. Tiada peralatan moden digunakan.  Pelombong menggali lombong secara manual dengan bantuan bahan letupan.

Industri perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh Mr William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited yang berpusat di London.  Pada 1888, syarikat telah menukarkan nama kepada The Pahang Corporation Limited (PCL) kerana masalah kewangan.

Pada tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil alih oleh Syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).  Sepanjang tempoh berkenaan sehingga tahun 1915 terowong sepanjang 40 batu telah di korek.

Hasil daripada bijih timah di sungai Lembing diungkap sebagai ‘Penyelamat Mahkota Ratu England’ yang mana ketika itu Britain mengalami kemerosotan ekonomi yang agak serius.

Namun Lombong Bijih Timah mengalami zaman kemorosotannya setelah syarikat gagal menguruskan hasil pribumi ini dengan betul dan akibat kejatuhan pasaran bijih timah dunia.  Pada tahun 1986 menyaksikan berakhirnya zaman kegemilangan Sungai Lembing.  Dan kini Lombong Bijih Timah Sungai Lembing hanyalah tinggal kenangan dan sejarah.

Kini, Sungai Lembing makin di kenali sebagai tempat pelancongan.  Bekas tapak lombong bijih timah menjadi sumber tarikan utama bagi penduduk setempat dan juga pelancong dari luar negara.  Di situ kita boleh merasai pengalaman berada di dalam terowong sempit yang pernah satu ketika dulu menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sungai Lembing.

Sungai Lembing, Bandar yang ditinggalkan selepas penutupan lombong bijih timah pada tahun 1996.  Rata-rata penduduk berpindah kerana peluang pekerjaan tiada lagi di Sungai Lembing selepas penutupan lombong. Bangunan lama yang makin usang dan tidak berpenghuni menyebabkan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Ghost Town’.  Hanya warga tua yang menetap disitu sementara yang muda mula meninggalkan Pekan berkenaan.

Berada di Sungai Lembing seperti kita berada di zaman silam. Bangunan kayu usang berdindingkan zink yang ditinggalkan mengembalikan nostalgia lama. Tiada bangunan batu pencakar langit, hanya yang ada ialah tinggalan bangunan dan rumah kayu usang. Penduduk setempat masih lagi mengekalkan seni bina tradisional lama. Sepanjang kami di sana hanya satu bangunan batu dan yang lainnya masih lagi kekal seperti dahulu.

TARIKAN
Di antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah Muzium Sungai Lembing, Air Terjun Pelangi, Gunung Panorama, Gunung Tapis, Tai Pei Tong (Lombong bijih timah bawah tanah) Ladang Rusa, Jambatan Gantung yang sudah berusia lebih 100 tahun dan Time Capsule Retreat adalah salah satu tempat penginapan yang tersenarai sebagai ‘Top 10 Hotel to Visit in Malaysia’

Muzium Sungai Lembing
Gunung Tapis
Jabatan Gantung Sungai Lembing

Air Terjun Pelangi
Time Capsule Retreat
Lombong Bawah Tanah Sungai Lembing
TEMPAT-TEMPAT LAIN SEKITAR NEGERI PAHANG
SUNGAI LEMBING
Sungai Lembing terletak di Kuantan, Pahang.  Jarak perjalanan adalah sejauh 29 kilometer dari Bandar Kuantan dan perjalanan mengambil masa 40 minit.  Merentasi kawasan Felda sepanjang perjalanan...
PEKAN BANDAR DIRAJA
Pekan terletak kira kira 44 km dari Bandar Kuantan.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00  hektar.  Daerah Pekan merangkumi 11 mukim iaitu  Mukim Pekan...
BERSERAH
Beserah, terletak kira-kira 8 kilometer utara Kuantan.  Lebih terkenal dengan nama Perkampungan Nelayan Beserah. Beserah, satu ketika dulu cukup sinonim dengan cerita kerbau menarik hasil tangkapan nelayan...