Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
PEKAN BANDAR DIRAJA, PAHANG

LOKASI
Pekan terletak kira kira 44 km dari Bandar Kuantan.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00  hektar. Daerah Pekan merangkumi 11 mukim iaitu  Mukim Pekan, Mukim Kuala Pahang, Mukim Pahang Tua, Mukim Pulau Rusa, Mukim Langgar, Mukim Ganchong, Mukim Temai, Mukim Pulau Manis, Mukim Lepar, Mukim Penyor dan Mukim Bebar.  Daerah Pekan merupakan daerah ke empat terbesar yang terletak di bahagian Timur Negeri Pahang.

TOPONOMI
Bandar Pekan terkenal sebagai Bandar Di Raja, kerana tempat bersemayam Sultan serta kerabat di Raja Pahang dan juga merupakan pusat pentadbiran ketika itu. Pekan pernah menjadi ibu negeri Pahang dari tahun 1889 – 1898.

Pekan mendapat nama dari sejenis bunga putih  seperti bunga Melur namun bakanya kini sudah tiada untuk dikenalkan kepada generasi kini. Pokok bunga Pekan tumbuh di sepanjang tebing sungai sepanjang sungai Pahang. Pemerintah pada masa itu menamakan kawasan tersebut sebagai Pekan sempena nama bunga tersebut.  Namun kini, bunga Pekan amat sukar di jumpai di Bandar Pekan.

Namun ada juga berpendapat Pekan mendapat nama dari pengertian perkataan bandar, pasar sehari atau tempat orang berjual beli. Di tebing Sungai Pahang sering di jadikan penempatan masyarakat dulu dan urusan jual beli sering berlaku di situ. Sumber ini lebih tepat kerana Pekan yang dikenali sebagai ‘Pura’ pada zaman dahulu di ambil dari bahasa Sanskrit yang di bererti Pekan atau Bandar yang menjadi tumpuan peniaga.

Pekan dibahagikan kepada dua iaitu Pekan Baharu Dan Pekan Lama.  Pemisahan ini di lakukan oleh orang Siam yang menggali parit bagi memisahkan dua sempadan ini.  Pekan Baharu di diami oleh rakyat jelata sementara Pekan Lama di didiami oleh Sultan serta Pembesar Pembesar Pahang.  Sehingga kini masih ada lagi parit yang di bina itu.

Pekan juga terkenal dengan pusat tenunan songket.  Sebuah pusat tenunan songket telah di bina untuk generasi muda mempelajari seni tenunan songket Pahang.  Puding Raja pula merupakan makanan kesukaan Kesultanan Pahang.   Puding Raja merupakan makanan ‘trademark’ di Pekan selain daripada Murtabak Mengkasar.

Perdana Menteri yang ke-2 Tun Abdul Razak yang juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6, dilahirkan di Kampung Pulau Keladi, Pekan. Pada tahun 1985, Muzium Negeri Pahang telah menjadikan rumah ini sebagai Muzium Peringatan.

TARIKAN
Baru baru ini telah di dirikan hotel bertaraf 4 bintang di Pekan. Ancasa Royale Pekan merupakan hotel besar pertama yang di bina. Sebuah kolej antarabangsa juga telah di bina di Pekan.  Di samping itu Pekan merupakan pusat otomotif pemasangan kenderaan bagi jenama bertaraf antarabangsa. Di antara tempat menarik yang boleh di kunjungi di Pekan adalah Muzium Sultan Abu Bakar, Galeri Pengangkutan Air Pulau Bertam, Masjid Negeri, Makam Di Raja, Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, Murtabak Mengkasar, Pusat Tenun Pahang Pulau Keladi, Pekan Sehari Bandar Pekan setiap hari Ahad.

Muzium Sultan Abu Bakar
Galeri Pengangkutan Air
Pekan Sehari
TEMPAT-TEMPAT LAIN SEKITAR NEGERI PAHANG
SUNGAI LEMBING
Sungai Lembing terletak di Kuantan, Pahang.  Jarak perjalanan adalah sejauh 29 kilometer dari Bandar Kuantan dan perjalanan mengambil masa 40 minit.  Merentasi kawasan Felda sepanjang perjalanan...
PEKAN BANDAR DIRAJA
Pekan terletak kira kira 44 km dari Bandar Kuantan.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00  hektar.  Daerah Pekan merangkumi 11 mukim iaitu  Mukim Pekan...
BERSERAH
Beserah, terletak kira-kira 8 kilometer utara Kuantan.  Lebih terkenal dengan nama Perkampungan Nelayan Beserah. Beserah, satu ketika dulu cukup sinonim dengan cerita kerbau menarik hasil tangkapan nelayan...