Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
BERSERAH, PAHANG

LOKASI
Beserah, terletak kira-kira 8 kilometer utara Kuantan.  Lebih terkenal dengan nama Perkampungan Nelayan Beserah.  Beserah, satu ketika dulu cukup sinonim dengan cerita kerbau menarik hasil tangkapan nelayan dari pantai ke darat.  Cukup popular satu ketika dahulu tetapi kini semuanya adalah sejarah. Tradisi ini tidak lagi diteruskan oleh nelayan di Beserah kerana ketiadaan kapal besar dan bot bot kecil milik nelayan sahaja yang memasuki kawasan tersebut.  Namun kegiatan perikanan masih lagi diteruskan

TOPONOMI
Beserah mendapat nama daripada satu peristiwa di mana Haji Senik yang berasal dari Patani, Siam dan anak buahnya menyusur pantai mencari tempat baru.  Beberapa hari berjalan mereka sampai ke sebatang sungai. Mereka mendapati tanah di situ subur, air sungai jernih. Haji Senik telah membina kampung baru di situ.  Ketika membersihkan kawasan untuk dijadikan pendapatan, mereka berjumpa dengan banyak beruang.  Oleh demikian, tempat tersebut di namakan Sungai Beruang dan Perkampungan Beruang.

Kedatangan beruang yang sering mencari madu kelulut di kampung berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk di kampung berkenaan.  Haji Senik menjadi sumber rujukan dan tempat mengadu penduduk kampung.  Haji Senik sering menasihati penduduk kampung dan menyuruh mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT.  Ayat ‘Berserah’ sering di sebut berulang kali oleh Haji Senik.  Sejak itu, kampung berkenaan di tukarkan kepada nama Beserah dan Sungai Beserah.

Menurut versi lain, setelah kematian anaknya Cik Timah, Haji Senik meninggalkan Kampung  Teruntum.  Beliau berpindah di kawasan utara Teruntum.  Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai Hawar. Penduduk di kawasan berkenaan ingin berpindah tetapi Haji Senik menasihati mereka supaya bersabar dan berserah kepada Allah SWT.  Dan oleh yang demikian, kawasan tersebut di namakan Perkampungan Beserah.

Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan kedua-dua cerita tersebut memandangkan ianya diceritakan dari generasi ke generasi.

Walaupun pembangunan agak terhad di kawasan berkenaan tetapi memandangkan Beserah terletak di kawasan pantai, banyak hotel serta rumah rehat di kawasan berkenaan.  Kawasan ini sekarang dikenali di kalangan pelancong luar negara.  Perusahaan perikanan masih merupakan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan tersebut.  

TARIKAN
Sepanjang perjalanan, terdapat banyak kedai yang menjual hasil perikanan seperti ikan masin, keropok lekor, dan keropok kering. Di sekitar Beserah juga terdapat perusahaan batik. Di antara tempat menarik yang boleh di lawati adalah Kilang Keropok dan Ikan masin, Kilang Batik dan pantai yang terdapat disepanjang jalan di Beserah.

Hasil Perikanan Berserah
Kampung Nelayan Berserah
Aktiviti Perikanan Berserah
TEMPAT-TEMPAT LAIN SEKITAR NEGERI PAHANG
SUNGAI LEMBING
Sungai Lembing terletak di Kuantan, Pahang.  Jarak perjalanan adalah sejauh 29 kilometer dari Bandar Kuantan dan perjalanan mengambil masa 40 minit.  Merentasi kawasan Felda sepanjang perjalanan...
PEKAN BANDAR DIRAJA
Pekan terletak kira kira 44 km dari Bandar Kuantan.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Keluasan daerah Pekan ialah 380,500.00  hektar.  Daerah Pekan merangkumi 11 mukim iaitu  Mukim Pekan...
BERSERAH
Beserah, terletak kira-kira 8 kilometer utara Kuantan.  Lebih terkenal dengan nama Perkampungan Nelayan Beserah. Beserah, satu ketika dulu cukup sinonim dengan cerita kerbau menarik hasil tangkapan nelayan...