Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
SUNGAI UDANG, MELAKA

KOORDINAT / COORDINATES
2.290334° N; 102.130757° E (2° 17' 25.2024" N; 102° 7' 50.7252")

LOKASI
Sungai Udang adalah sebuah bandar kecil berhampiran dengan pantai yang terletak dalam daerah Melaka Tengah dan juga daerah Alor Gajah, Melaka. Ianya juga merupakan sebuah Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Tangga Batu (P136). Sungai Udang terletak di sekitar Jalan 5 antara Bandar Hilir (21.7km) dan Pekan Masjid Tanah (9.2km). Ianya direntasi Sungai Udang dan di sinilah terletaknya Petronas Penapisan Melaka, Hutan Rekreasi Sungai Udang dan Kem Terendak.

LOCATION
Sungai Udang is a small coastal town situated in both the Melaka Tengah District and the Alor Gajah District. It is one of Melaka’s State Assemblies under the Tangga Batu Parliamentary Constituent (P136). Sungai Udang is located along Route 5 between Bandar Hilir (21.7km South) and Pekan Masjid Tanah (9.2km North). The Sungai Udang river runs through this small town. Sungai Udang is also where Petronas Refinery Melaka, Sungai Udang Recreational Forest and Terendak Kem are.

TOPONOMI
Menurut cerita yang disampaikan kepada Tuan Haji Ismail bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Sungai Udang, “Sungai Udang” mendapat namanya bersempena dengan nama sungai yang jernih kebiru-biruan airnya. Sungai itu agak dalam sehingga boleh meneggelamkan orang yang berdiri di dalamnya. Sungai tersebut ditumbuhi pokok-pokok rumbia di kiri-kanannya. Akar pokok rumbia yang berjuntaian itu menjadi tempat membiaknya udang-udang sebesar jari di situ dan menjadi punca rezeki penduduk setempat dan sesiapa yang berehat di situ.

TOPONYMY
According to the stories collected by Haji Ismail bin Ahmad, the Chairman of Sungai Udang village development committee, “Sungai Udang” (“Prawn River” in English) got its name from the name of a river with clear blue water which was so deep that it could drown anyone standing in it. Sago palm trees grew on the river banks and its roots became the house of prawns the size of fingers. The prawns became a source of livelihood for the locals and anyone who passed by.

View Larger Map

TARIKAN

  1. Petronas Penapisan Melaka
  2. Kem Terendak
  3. Hutan Rekreasi Sungai Udang
  4. Produk Geragau (Belacan & Cencalok)
  5. Pantai Tanjung Bidara

ATTRACTION

  1. Petronas Refinery Melaka
  2. Terendak Camp
  3. Sungai Udang Recreational Forest
  4. Shrimp-based Products (Belacan & Cencalok)
  5. Tanjung Bidara Beach

REFERENCES
Ismail bin Ahmad
Sungai Udang. (2014). Retrieved at August 19, 2014 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Udang


Sungai Udang
Sungai Udang
Kompleks Japerun Sungai UDang

Hutan Rekreasi Sungai Udang
Kem Terendak Sungai Udang
Pantai Tanjung Bidara
OTHER INTERESTING PLACES IN THE STATE OF MELAKA
DUYONG
Duyong is a suburb in the state of Melaka under the Melaka Tengah district (Mukim Duyong, 2012). It is located 5.8km to the East of Bandar Hilir using Route 19 (AMJ Freeway)...
SEMABOK
Semabok is a small town located in the district of Melaka Tengah, Melaka (Semabok, 2014). It is located 5.6km to the East of Bandar Hilir using Route 5...
KAMPUNG MORTEN
This village is named after J.F. Morten, a British Commissioner of Land in the 1920s. He played a role in setting up this village, which was originally just a swamp (Kampung Morten, 2012)...