Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
PULAU PAYAR, KEDAH

LOKASI
Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah di kawasan perairan Selat Melaka. Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Jika anda berada di Alor Star, lebih baik menaiki bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah (kira-kira 30 minit menaiki bot laju). Pengunjung boleh menaiki bot laju 250 kuasa kuda mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba ke Pulau Payar. Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar, Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang (Pulau Payar, 2014).


View Larger Map

TARIKAN

  1. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.

  2. Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru, hijau dan jingga. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.

  3. Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.

  4. Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin (Pulau Payar, 2014).

INTERESTING PLACES SURROUNDING PENANG ISLAND
PERMATANG PAUH
Permatang Pauh is an area in Seberang Perai, Penang, Malaysia. It is located in the North 5.409151, 100.421004 East. Permatang Pauh can be reached via several highways such as the North-South Highway and Butterworth-Kulim Expressway...
BATU KAWAN
Batu Kawan is an island and town in Penang, Malaysia. The island is situated on a large estate in Penang, Seberang Perai. One end of the Second Penang Bridge is Batu Kawan. Batu Kawan Stadium (stadium Penang) is also located here (Yeng Ai Chun, 2006)...
BALIK PULAU
Balik Pulau is located behind Bukit Bendera and is overlooking the Indian Ocean and the Strait of Malacca. Therefore, it is exposed to large waves such as the tsunami that hit in 2004. The town is quite isolated...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@ukm.com.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988