Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
PULAU TIOMAN, JOHOR

LOKASI
Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam Rompin pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk Pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam. 70 km dari Mersing, Johor. Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong. 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang (Discover Tioman, 2012).


TOPONOMI
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman (Discover Tioman, 2012).


View Larger Map

TARIKAN
Diiktiraf sebagai satu daripada pulau percutian terbaik di dunia. . Air laut yang tenang serta jernih ini menjadikan Pulau Tioman syurga bagi penyelam. Pengunjung dapat melihat pemandangan yang mengagumkan seperti kipas laut Gorgonia, terumbu karang Tanduk Rusa, nudibrankia dan bunga karang yang indah. Para penyelam boleh merasa teruja berenang bersama Belodok Karang Napoleon, Demuduk Berbelang Emas, Ikan Bayan Kepala Jendul dan sekumpulan ikan Delah. Pulau ini ialah tempat yang ideal untuk berehat di bawah sinaran matahari. Berenang di dalam air laut berwarna kehijauan, berjalan-jalan di tepi pantai atau tidur lena mendengar deruan ombak. . Kehijauan Pulau Tioman menjadi rumah kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan kecil, termasuk rama-rama, biawak, rusa dan monyet. Pembentukan batu granit menjadikan destinasi ini sebuah ekspedisi memanjat batu yang hebat. Bagi pendaki yang sukakan pengambaraan, mereka boleh cuba memanjat cerun menegak menghadap Gunung Nenek Semukut atau Tanduk Naga. Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan penginapan mewah sekitar pemandangan bukit-bukau yang mengagumkan (Tourism Malaysia Pahang, N.D.).  Selain itu  juga setiap kampung di kawasan Pulau ini menawarkan suasana yang berbeza dan unik.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR
SIBU
Pulau Sibu, adalah sebuah pulau kecil di luar pantai timur Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Ia sebenarnya terdiri daripada beberapa pulau-pulau. Sibu Besar, pulau utama, kira-kira 6 km panjang dan 1 km...
KLUANG
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing ...
MUAR
Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak.
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@ukm.com.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988