Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
PANTAI PENYABONG, JOHOR

LOKASI
Mukim Penyabong terletak di daerah Mersing, lebih kurang 2 jam dari Kota Tinggi serta 30 minit perjalanan ke arah utara dari Bandar Mersing.

TOPONOMI
Penyabong datang daripada aktiviti lanun-lanun yang menetap di kawasan in yang menyabong ayam (Mersing, 2014). Terdapat pantai yang dinamakan Pantai Pasir Lanun (kini Pantai Penyabong) kerana lanun bersembunyi di pantai ini kerana ketenangannya serta adanya air minuman.

View Larger Map

TARIKAN
Pantai Penyabong yang terletak kira-kira 36km dari bandar Mersing, mempunyai banyak tarikan dan aktiviti untuk pengunjung. Ini termasuk bot, berkayak, memancing, berkhemah dan meredahhutan ke hutan berdekatan. Pengunjung juga boleh melawat kampung-kampung Melayu di sini atau ke pulau dan melawat kelong (ladang ikan) dalam perjalanan pulang. Terdapat empat pusat peranginan pantai yang menawarkan penginapan bajet serta pertengahan untuk kemudahan mesyuarat. Terdapat juga gerai-gerai makanan, pondok rehat, tandas dan kemudahan mandi untuk pengunjung. Sebuah pusat sukan laut menyewakan peralatan untuk berkayak, berkanu, memancing dan aktiviti berasaskan air lain yang akan membuat lawatan ke Pantai Penyabong satu pengalaman yang menyeronokkan (Penyabong Beach, N.D.). Kawasan Penyabong juga sudah digazetkan sebagai kawasan pelancongan (Sari Mawar Chalet, 2012).


Pantai Penyabong
Paya bakau yang tidak terusik
Jetty Pantai Penyabong

Aktiviti di Penyabong
Nasi Dagang Terengganu Asli di Penyabong
Kuih Bakar Tradisi dan Pulut Panggang Asli
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR JOHOR
TELUK GOREK
Teluk Gorek terletak pada hujung utara timur Johor dan hujung selatan Pahang. Ia berhampiran dengan Kuala Rompin dan Rompin di negeri Pahang (Endau, 2013)...
GUNUNG ARONG
Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah didalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercutanda...
PULAU TIOMAN
Pulau Tioman memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar. Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia,di antara sempadan...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@ukm.com.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988