Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
PAGOH, JOHOR

LOKASI
Pagoh ialah sebuah pekan besar yang terletak di daerah Muar, Johor, Malaysia. Lokasinya kira-kira 21 kilometer dari bandar Muar. Ia dihubungkan melalui dua buah jalan utama iaitu Jalan Muar-Labis  dan Jalan Pagoh-Parit Sulong . Pekan besar ini mempunyai sebuah persimpangan bertingkat bagi Lebuhraya Utara Selatan


TOPONOMI
Pagoh yang bermaksud 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka. Pagoh merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Lokasinya yang terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu yang terletak di Kuala Sungai Pagoh merupakan kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Terdapat sebuah lagi kubu yang dipanggil Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan pusara Pahlawan Mat Berani, yang dikatakan salah seorang pahlawan Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah dikuburkan di situ.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I) terletak dipinggir Sungai Pagoh. Baginda telah dimakamkan bersama adindanya yang terkenal iaitu Almarhum Berdarah Putih. Kedua - duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan kawasan Masjid Jamek Kampung Raja.

Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah (I) telah memerintah Melaka 1477-1488, merupakan salah seorang raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka semasa pemerintahannya.

Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak Muzium Negara untuk merasmikan makam ini dalam satu upacara penuh istiadat pada 24 Disember 1971. 

View Larger Map

TARIKAN
Sungguh uniknya Pagoh satu kawasan yang mana antara punca utama ekonomi penduduknya adalah dari sektor pertanian. Permandangan yang penuh kehijauan jelas kelihatan indah dan damai dengan warna kehijauan. Namun disebalik kehijauannya itu terdapat satu tarikan yang agak unik di sini. Terdapat sebuah taman herba yang menempatkan ladang yang khas menanam pokok-pokok berasaskan herba. Tempat ini dinamakan Nasuha Herbs and Spice Paradise. Terletak di KM. 19 Jalan Muar-Pagoh adalah satu tempat percutian yang menarik pada yang cintakan kedamaian dan sukakan suasana alam semulajadi.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR
TANGKAK
Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara ...
TELUK GOREK
Teluk Gorek terletak pada hujung utara timur Johor dan hujung selatan Pahang. Ia berhampiran dengan Kuala Rompin dan Rompin di negeri Pahang (Endau, 2013). Gorek merupakan sejenis pokok...
PENYABONG
Penyabong datang daripada aktiviti lanun-lanun yang menetap di kawasan in yang menyabong ayam (Mersing, 2014). Terdapat pantai yang dinamakan Pantai Pasir Lanun (kini Pantai Penyabong)...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@ukm.com.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988