Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
MERSING, JOHOR

LOKASI
Mersing terletak bersempadan negeri Pahang dan juga di himpit oleh Daerah Keluang.

TOPONOMI
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.

Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.

Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit. Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.

Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.

Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah di dirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.

Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.

View Larger Map

TARIKAN
Tarikan Mersing ialah Pantai yang memutih dengan pelbagai aktiviti dan resort dan hotel yang selesa untuk bercuti. Kaya dengan makanan tradisional iaitu Nasi Dagang dan Pulut panggang yang berasal dari pada negeri Terengganu.


Nasi Dagang
Pulut Panggang
Keropok Lekor
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR JOHOR
TELUK SARI
Teluk Sari diberi nama bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing...
TENGLU
Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada...
PASIR LANUN
Pantai Pasir Lanun dikatakan mendapat nama daripada kisah lanun-lanun yang merompak kapal dagang di Laut China Selatan dan menyembunyikan harta rompakan di...
About
• The Project
• Objective
• Methodology
• Socio Economic Aspects
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988