Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
KLUANG, JOHOR

LOKASI
Kluang merupakan nama sebuah bandar dan daerah yang terletak lebih kurang di tengah negeri Johor. Ia terletak 105 km di utara Johor Bahru, tenggara Batu Pahat, barat Mersing dan selatan Segamat. Bilangan penduduk daerah Kluang kini melebihi 350,000 orang dan kawasan bandar itu sendiri mempunyai 200,000 penduduk. Kluang merupakan bandaraya ketiga terbesar dalam negeri Johor selepas metropolitan kedua terbesar Malaysia iaitu Johor Bahru dan bandaraya kedua terbesar Johor, Batu Pahat. Koordinat geografinya ialah: 2°2′01″U, 103°19′10″T (Majlis Perbandaran Kluang, 2014).


TOPONOMI
Nama Kluang berasal daripada perkataan Melayu 'keluang', yang bermaksud sejenis kelawar besar ataupun kelawar buah. Haiwan-haiwan sebegini pernah wujud dalam bilangan yang banyak di daerah Kluang beberapa dekad yang lalu; tetapi kini hampir tiada lagi disebabkan aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitat semulajadinya (Majlis Perbandaran Kluang, 2014).


View Larger Map

TARIKAN
Di Kluang juga terdapat pelbagai tempat pelancongan (Majlis Perbandaran Kluang, 2014):

  1. Gunung Lambak World Rainforest Resort
  2. Gunung Belumut (UNESCO)
  3. Kolam Renang Taman Kluang Barat
  4. Taman Rekreasi MARDI
  5. Taman Rekreasi Padang Tembak
  6. UK Agro Farm Resort

Antara tarikan di keluang ialah Di Gunung Lambak ini, anda bukan sahaja boleh menghirup udara segar, malah terdapat beberapa aktiviti seperti mandi manda di Gunung Lambak Water Park. Antara tempat lain yang menarik di keluang ialah Zen Xin Organic Park serta banyak hidangan yang menarik dan sedap seperti asam pedas dan nasi biryani.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR
MUAR
Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan juga daerah kecil Tangkak...
BATU PAHAT
Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar barat daya Kluang, timur laut Pontian...
PAGOH
Pagoh yang bermaksud 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@ukm.com.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988