LOKASI
Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah didalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang bukit ini dipanggil gunung. Gunung ini jelas kelihatan dari semua kawasan Tanjung Resang (Kelab OGKL, 2010). Terletak 17 km dari bandar Mersing dan 22 km dari pekan Endau, melalui jalan Mersing-Endau, 151 km dari Johor Bahru (Jabatan Perhutanan Negeri Johor, N.D.).
TOPONOMI
Sejarah gunung ni datangnya dari seorang lelaki yang bernama Harun, dari Terengganu. Dia orang pertama yang menjumpai puncak gunung ini. Oleh kerana Harun orang Terengganu, nama panggillannya Arong. Itulah asalnya nama Gunung Arong. Dari maklumat yang diberi oleh orang kampung, memang kawasan Tanjung Resang nih dibuka oleh orang Terengganu. Majoriti penduduknya masih lagi orang Terengganu (Nuaris78, 2010).
TARIKAN
- Sebagai kawasan kajian
- Sungai
- Berkhemah
- Trekking
- Intepretasi denai
- Mendaki gunung (Jabatan Perhutanan Negeri Johor, N.D.)
Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semulajadi di Mersing yang mempunyai pemandangan yang cantik dari atas puncak gunung Arong. Bagi yang berminat melakukan aktiviti lasak boleh lah mendaki Gunung Arong.