Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
BATU PAHAT, JOHOR

LOKASI
Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada sepuluh daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi. Pada tahun 2012, Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun, akibat limpahan perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan. Selain itu, Batu Pahat juga terkenal dari kalangan warga Singapura dan mereka menggelarnya sebagai 'Syurga Membeli-Belah di Johor Utara'. Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5′U 102°56′T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka (Interesting BP Info, 2013).

TOPONOMI
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut (Interesting BP Info, 2013)..

View Larger Map

TARIKAN

  1. "Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

  2. Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

  3. Pelancongan dan riadah (Batu Pahat, 2014):

  1. Pantai Minyak Beku

  2. Perigi Batu Pahat

  3. Memorial Datuk Onn

  4. Wet World Batu Pahat

  5. Taman Tema Kanak-kanak (The Summit) - pertama dalam bangunan

  6. Tasik Y

  7. Bandar Seramik Ayer Hitam

  8. Bandar Jajan Parit Raja

  9. Taman Botani Sri Medan


Tarikan utama pelancong ke Batu Pahat ialah  Nasi beriani Gam dan mee rebus yang menjadi kepastian pelancong untuk menikmati jika datang ke Johor terutama ke daerah Batu Pahat.  Selain itu juga terdapat peninggalan sejarah yang boleh dilawati iaitu Pantai Minyak Beku 10 KM daripada Bandar Batu Pahat.

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR
PAGOH
Pagoh yang bermaksud 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua telah dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Penduduk asalnya terdiri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis...
TANGKAK
Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara ...
PENYABONG
Penyabong datang daripada aktiviti lanun-lanun yang menetap di kawasan in yang menyabong ayam (Mersing, 2014). Terdapat pantai yang dinamakan Pantai Pasir Lanun (kini Pantai Penyabong)...
About
• The Project
• Objective
• Mission
• Partners
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@ukm.com.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988