Toponymy Heritage Places of Malaysia
This is an example of a HTML caption with a link.
BATU CAWAN, JOHOR

LOKASI
Batu Cawan terletak di Mersing, Johor , Jarak dari pantai Mersing lebih kurang 500 meter.  Dari pantai Mersing kita dapat melihat dengan jelas seolah-olah wujud pulau kecil di tengah laut.

TOPONOMI
Rata-rata penduduk Mersing mengetahui mengenai cerita ini dan juga lisan daripada orang tua-tua di Mersing.

"Pada suatu ketika dahulu, jika penduduk kampung ingin membuat kenduri-kendara, mereka semua pergi ke Pulau Batu Cawan untuk meminjam segala pinggan-mangkuk di Orang halus yang tinggal di pulau itu. Jika penduduk di Mersing meminjam dan memulangkan dengan betul dan kuantiti yang betul, tidak kira sama ada rosak atau pecah tetapi mesti pulang barangan yang di pinjam dari  gua Pulau batu cawan itu. Setelah beberapa lama kemudian, berlaku penipuan manusia kepada orang halus di pulau itu, kerana tidak memulangkan pinggan mangkuk yang telah di pinjam.. dan sejak itu lah pintu gua pulau itu tertutup.( http://ceritamersing.blogspot.com/)

Pulau Batu Cawan Sebagai tanda di pintu masuk laluan air dari arah laut ke muara Mersing. Kawasan Pulau Batu Cawan ini sangat hampir dengan pantai Mersing. Jika anda perhatikan bentuk Pulau ini sangat mirip dengan bentuk cawan dan sejak dari itu pulau ini di beri nama Pulau Batu Cawan.

TARIKAN
Pulau Batu Cawan ini adalah satu tempat yang menarik untuk Memancing dan di sinilah tempat semua pemancing berkumpul.

SUMBER
http://www.gobatak.com/orang-prancis-kunjungi-batu-cawan-tempat-sejarah-batak/orang-prancis-kunjungi-batu-cawan-01/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0603&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm#ixzz3ExPwIbZ7 
http://ghazalihjrahmat.weebly.com/sedikit-sejarah-mengenai-mersing.html


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR JOHOR
MERSING
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang...
TELUK SARI
Teluk Sari diberi nama bersempena dengan cerita-cerita orang dulu yang akan bermalam sehari di teluk itu apabila berulang-alik dari Endau ke Mersing...
TENGLU
Tenglu dikatakan mendapat nama dari persahabatan yang erat antara pemuda Melayu, Abul dan pemuda Cina, Lam Seng yang telah membawa kepada...
About
• The Project
• Objective
• Methodology
• Socio Economic Aspects
Hightlights
• Batak Rabit, Perak
• Desa Temu Jodoh
• Lembah Bujang, Kedah
• Kajang, Selangor
Contacts
info@heritagemalaysia.my
T : +603 8922 8989
F : +603 8922 8988